Menu
Kampus_UiTM_Kuala_Pilah Perpustakaan Tun Abdul RazakPerpustakaan UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di kampus sementara bertempat di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur Jalan Melang Kuala Pilah. Perpustakaan ini kemudiannya berpindah ke kampus tetap UiTM di Parit Tinggi pada 2 Jun 2009. Sempena perpindahan ini, pihak Pergurusan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah memberikan nama perpustakaan UiTM ini sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
PTAR UiTM Negeri Sembilan terletak di Aras 1 dan 2 Bangunan Akademik Fakulti Sains Gunaan. Pada masa kini, koleksi perpustakaan berjumlah 12,000 naskah berfokus kepada program-program pengajian utama yang dijalankan di sini antaranya sains gunaan, perladangan dan agroteknologi serta pengurusan perniagaan. PTAR kini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 600 orang pada satu masa.
Menjadikan Perpustakaan UiTM yang unggul sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secra fizikal dan maya.
Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM
Menu
Kampus_UiTM_Kuala_Pilah Perpustakaan Tun Abdul RazakBerkaitan
Kampung Kampung Boy Kampung Titingan Kampung Boy (siri TV) Kampung People Kampung Gajah, Perak Kampung Baru, Kuala Lumpur Kampung Boy: Yesterday and Today Kampung Assam Jawa Kampung TuaRujukan
WikiPedia: Kampus_UiTM_Kuala_Pilah http://www.nsembilan.uitm.edu.my/ https://archive.is/20130409073352/www.facebook.com...